Saturday, August 15, 2009

Mama Demam la pulak..

Kemarin mama pegi chek up dekat Klinik Ibu mengandung yang dekat dengan Hospital Bersalin..Macam biasa la kat situ,memang ramai sangat orang..Asalnya mama dah tak mau pegi..Abah pun cakap tak payah pegi pun tak pe..Sebab kalau pegi pun selalu doktor pelatih yang chek.. Chek pun macam main2 je.. Awal tu mama pegi sekolah dulu.. Dah ingat tak mau pegi chek..Ntah macam mana tergerak pulak hati mama ni nak pegi.. Kot2 la pegi kali ni doktor nak scan, nak tengok perkembangan baby.. Mama keluar dari sekolah dalam kul 8.05 pg. Sampai sana dalam kul 8.25 pg..Memang dah ramai sangat orang masa tu..Untuk kes ulangan mama dapat nombor 43 dah.. lama jugak la tunggu nak kena panggil nama..Lepas dah siap urine test dengan tekanan darah, mama tunggu la kat depan bilik doktor pulak..Masa nak letak kad tu mama tengok punya la banyak kad dalam bakul tu..Masa mama tunggu tu lebih kurang pukul 9.15..Lenguh sangat duduk lama2..Nak jalan2 pun malas jugak..Takut nanti nombor dah kena panggil mama tak ada pulak.. So, dengan setianya mama tunggu kat situ.. Tunggu punya tunggu, pukul 11 lebih baru nombor mama kena panggil..Memang tension sangat.. Mama tak larat sangat masa tu..Dalam 11.30 mama dah boleh balik..Memang kejap sangat doktor tu chek.. Rasa sakit hati betul la..Menyesal pun ada pegi.. Tapi mama nak yang terbaik untuk anak mama ni..Tu yang pegi jugak tu.. Petang kemarin mama sakit kepala sangat..Mungkin panas kot..Berapa kali mama mandi..Tak tahan panas..Malam masa awal tidur ok lagi.. Dalam pukul 3 lebih macam tu mama terjaga.. Rasa tak sedap badan sangat..Mengadu kat abah..Abah picit2 badan mama..Pastu suruh mama tidur atas lengan abah..Mama tidur sambil nangis sebab tak tahan rasa sakit badan..Abah kata jangan la nangis..sambil urut2 mama..Pastu, mama tertidur..Sedar2 dah subuh..Mama bangun, tapi rasa tak larat sangat2..Abah tanya mama nak pegi sekolah tak ni..Mama memang tak larat sangat.. Mama cakap, mama tak larat nak pegi sekolah..Abah cakap,kalau tak larat, tidur la balik..mama pun tidur balik..Abah bangun mandi..Dah siap abah mandi mama terjaga, baru bangun solat subuh..lepas abah pegi sekolah, mama tidur balik..Memang tak larat sangat..Mama bangun dalam kul 9.15..pastu baring atas sofa pulak sambil tengok tv..Dalm pukul 10, guru besar mama telefon, tanya kenapa mama tak pegi sekolah.. Mama cakap la mama demam..Dia suruh mama pegi chek kat hospital..Siap tanya GL ambik tak ari tu.. Mama cakap la, ari tu dah ambik..Tapi dah 2 kali masuk wad, dah habis la guna.. Tak pe la, guna GL abah je la..Tak sangka pulak dia nak telefon mama..Baik sungguh dia..Ambik berat pasal mama..Terharu pulak..Tadi tunggu abah balik kerja baru mama pegi klinik..doktor bagi ubat demam, ubat batuk dengan ubat selsema..Abah beli air kelapa untuk mama sebab badab mama lenguh2.Lepas makan ubat demam tu, mama tidur..bangun tidur rasa ok skit..Pastu mama mandi,rasa segar skit.. Malam ni makan ubat lagi..harap2 makin ok la..Sekarang ni abah pegi kedai beli sup ayam kat mama.. Abah cukup risau kalau mama demam atau sakit.. Sebab tu mama pun sayyang sangat kat Abah..

Sunday, August 9, 2009

Ikan Emas Kesayangan Mama..

Ikan emas yang mama sayang.. Dah lama bersama dengan mama..

Pagi2 sebelum pegi sekolah dengan lepas balik sekolah, kalau mama dekat dengan akuarium ni mesti tiga2 kerumun dekat2 mama..Lapar la kalau macam tu..

Tiga ekor je yang tinggal..Dulu ada 4 ekor..Yang seekor tu macam sakit hari tu..Mama tak tau nak buat macam mana..Last2 dia mati jugak..

Kura2 ni baru je 2 minggu abah beli..Ntah macam mana la abah boleh terfikir nak bela kura2 ni..

Tapi kura2 ni cute sangat..dan tak susah sangat nak bela..

Pizza Lagi Malam Ni..

Dua ni je yang abah order..Dah mula la abah ni..malas nak pegi beli makanan..Asyik nak order online je..Maklum la senang..Padan la dengan mama yang malas + tak larat nak masak..Order skit je sebab tak la rasa lapar sangat.. Saja nak isi perut je..Sebab akhir2 ni perut mama senang sangat masuk angin..Sampai kena minum Eno Halia baru ni gara2 lambat makan..Mungkin sebab anak mama ni dah besar kot..
Regular Hut's platter..Tapi tak boleh kata platter la sebab kat dalam kotak.

Pizza feberet mama..Hawaiian Tuna..


Istana Kasih Mama & Abah Qaisara

Sinar Bukit Dumbar, Penang
Ni la istana kasih mama dan abah Qaisara..Bukan semua lot..1 je la yang mampu mama dengan abah beli..Ni pemandangan dari highway..Tepi laut..Cuma rumah mama tak betul2 menghadap laut..Abah yang pilih..Sebab yang menghadap laut bising skit semenjak ada highway..

Pintu masuk rumah mama..Yang 5 tingkat ni parking lot..
Kolam renang untuk aktiviti riadah..Penah la jugak mandi kat kolam ni..Tapi waktu malam..Kalau siang malu..Tapi siap pakai tudung la.. Mandi pun waktu tak der orang..Sekarang dah mengandung ni memang tak mandi kolam la jawabnya..Rasa macam dugung bunting pulak kalau dah masuk dalam air dengan perut yang besar ni..Hihihi..

Ni la pemandangan yang tiap2 hari mama tengok..Dekat papan iklan yang warna merah tu highway.. Sebelah tu laut..Sebenarnya cantik pemandangan..Tapi dah rumah mama tingkat 2..So, tak nampak la sangat..Dulu masa kecik2 suka sangat kalau dapat tengok laut..Dah tua2 ni (tua dah ke..hihi ) tak sangka pulak dapat beli rumah yang dekat laut..Hari2 boleh tengok laut..Tapi mama tak pernah jemu.. Pemandangan yang sungguh menenangkan hati..

Sekitar rumah mama ni kawasan kampung..

Ni la penang..Banyak sangat flat dengan apartment..Kampung sikit je yang tinggal..Kalau nak beli rumah teres, siap la duit setengah juta ke atas..Mampu ke mama...?

Saturday, August 8, 2009

Riang Ria Sabtu

Hari ini mama ngan abah pegi sarapan kat Transfer Road.. Mama mcm biasa.. Roti bakar disapu planta dan gula.. Sedap sangat2..+ ngan nasi lemak sebungkus..
Pastu abah ajak mama pegi aquarium.. Macam2 ikan ada.. Besar kedainye.. Banyak sangat ikan.Kedai pun tiga tingkat.Kalau campur dengan opis dia rasanya 5 tingkat kot..Memang best sangat..Actually bukan jual ikan saja..Macam2 yang dijual..Kucing, arnab, burung, ular, kura2 hamster,waimma iguana pun ada..Tak la mahal sangat ikan kat situ..Tapi kucing memang mahal..RM 1800 kalau tak silap..Cantik sangat kucing tu..Tapi tak mau la..Kan mama dah nak ada baby..Takut bulu kucing buat baby tak sihat pulak..Sempat jugak abah beli span, makanan ikan..Beli untuk ikan emas mama.. Dah puas berjalan, mama rasa nak makan Nasi Ayam Misai pulak..
Pegi la pulak kat kedai Nasi Ayam Misai kat Bukit Jambul.. Beli bungkus je.. Pastu ternampak pulak lcd tv kat satu kedai nie.. Abah ajak pegi tengok.. abah kata dia teringin nak beli.. Tengok yang jenama LG dengan Panasonic..Harga lebih kurang je..RM1899..Promoter kat kedai kata Panasonic lagi ok..3 kedai jugak mama dengan abah masuk..Kononnya sambil nak fikir nak beli jenama apa..Last2 mama masuk satu kedai ni..Dia cakap lcd tv kalau tengok dvd ok la..Tapi kalau tengok astro gambar macam kembang skit..Baik tengok tv yang dah sedia ada..Mama jarang sangat nak tengok dvd..Last2 tak jadi beli terus..hehehehe..

Friday, August 7, 2009

Malaikatmu

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.""Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"
"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?" "Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara.""Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"
"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?" "Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"
Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"
"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU
"Ingatlah sentiasa.. kasih sayang dan pengorbanan seorang IBU. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah satu-satunya harta yang tiada galang gantinya dunia dan akhirat...Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar....sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu...
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam
4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Wednesday, August 5, 2009

Kisahnya Baby Mama..

Baby mama ni dah ada kegemaran baru sekarang ni..Kadang2 rasa macam tak percaya..Tapi itulah hakikatnya..Mungkin hanya kebetulan..Atau baby mama ni memang cerdik..Abah ada buat video guna gambar baby yang scan 4d..Save dalam handset..Pastu ada lagu Aris Ariwatan dengan budak kecik..Tak tau lak budak tu nama apa..Lagu 1234..Satu malam lepas siap abah saja letak dekat perut..Baby macam suka je..Yang bestnya dia cara dia gerak macam menari je..Tak tau la, tak nampak kan, dia kat dalam..Dia macam suka bila budak tu menyanyi..Bila sampai part Aris Ariwatan nyanyi dia berenti gerak..Bila buka balik part budak tu nyanyi, dia gerak balik..Lucu la anak mama ni..
Sekarang ni tiap2 malam nak dengar lagu tu..Kalau tak, dia macam tendang kuat atau pun gerak aktif sangat..nak tido pun tak boleh..Pagi tadi kat sekolah..Dia duk tendang2..So, mama pun nyanyi la pelan2 lagu tu sambil mark paper budak2..Bila berenti, dia tendang..jenuh la mama duk nyanyi..Tak pe la sayang.. Dah tu yang sayang suka..Dalam pukul 8.45 mama ada kelas..So, pujuk la baby mama yang cerdik ni..Tepuk2 manja kat perut konon nak tidurkan baby..Sambil pujuk kata nanti mama nyanyi lagi..Mama ada kelas ni.. Tak sangka pulak baby mama ni dengar cakap mama..Dia berenti tendang kuat2..Pastu diam..Tidur kot..Hehe..Bijak betul..Dalam perut pun bijak.. Alhamdulillah..Semoga anak mama akan kekal bijak, sihat, ceria dan solehah..Tu yang mama dengan abah nak..Nanti kena dengar cakap mama dengan abah ye sayang..
Antara lirik lagu yang mama ingat..(Bukan ingat sangat pun..Asyik ulang yang sama ja..Hehe..)
Satu,
Kasih nan abadi..
Tiada Tandingi..
Dia yang Satu..
Dua,
Sayang berpanjangan
Membawa Ke Syurga
Kasihnya Ibu..
Tiga ,
Lapar dan Dahaga
Rela berpayahan
Setianya ayah...
Empat
Mudah kau ketemu
Perhati selalu
Beza antara Kasih dan Kekasih..
Ibu,
Ku ingat dahulu,
Menyisir rambutku..
Kemas selalu..
Ayah,
Menghantar ke sekolah
Bergunalah Ilmu
Bila dewasa..
* Panjang lagi lagu ni..Tapi setakat tu je la yang mama ingat.. hehe..
Nak dengar lagunye...klik la sini---->1,2,3,4

Dinner Malam ni..

Malam ni hujan..Nak keluar pun malas..Lagipun mama dah tak larat nak jalan..Kalau jalan banyak skit memang sakit.. So, abah bagi cadangan untuk order PizzaHut online..Mama ikut je..Lagipun dah lapar..Apa2 pun ok..So, yang ni je yang abah order..Sesuai la untuk kami 2 orang..Nak order banyak2 pun takut tak habis..Nanti membazir pulak..Lagipun baru first time try order guna online ni..Hehe..Ni la gambar yang sempat mama snap..Tapi kualiti kurang memuaskan.. Snap dengan handset je..Lagipun snap cepat2..Big Bos dah lapar..Hehe..

Yang kami order ni namanya Variety Box - Baked Perfetto & Pizza

Ni la Baked Chicken Rice..Boleh tahan jugak rasanya..Nasi dengan sosej ayam dibakar dengan keju.Bila makan lebih kurang macam pizza jugak la..Nampak keju macam kat dalam tv yang bila nak ambik pizza keju nampak tertarik tu.. Cantik, Menarik, Tertarik, Kau memang da Bomb..Hihi..


Tara..Ni la rupanya Variety box yang dah dibuka..Sebenornya baked chicken rice tu bukan dalam kotak tu pun..Saja ja letak skali..



Ni abah add on..Soup Of The Day..Hari ni Mushroom Soup.. Mama tak berapa gemor sangat mushroom soup ni.. Lebih suka Chicken Soup lagi..Bau pun dah cukup menyelerakan...

Ni Personal Pan Hawaiian Tuna Pizza..Nyam2..Memang feberet mama.. Sedap betul..Sukanya mama.. Personal Pan pun dah cukup puas..mengenyangkan..Tido lena la malam ni..

Yang ni Cris Cut..Kentang goreng yang cantik..Sedap jugak..Patutnya dengan gengnya baru best..Selalu kalau pegi restoran PizzaHut ni mesti order Hut's Platter..Malam ni tak order pun.. Rasa macam dah banyak..Takut tak habis.

Dalam set ni ada jugak Sweet & Spicy Wing..Sedap jugak..actually, Boleh pilih nak Sweet & Spicy ke nak Deli Wing..Abah nak yang ni..Mama ikut je.. Tapi ok la sebab sedap.

Yang ni biasa la..Parmessan Breadstik..Makan skit je..Selalu pun macam tu..Bukan nak makan sangat roti ni..hihi.. Yang puas hatinya cepat jugak penghantaran..Lebih kurang setengah jam dah terpacak depan rumah penghantar pizza tu..Mama baru je duk sembang2 dengan abah.. Pastu dengar orang tekan loceng rumah..macam terkejut jugak la..Cepat betul.. Kos Penghantaran baru RM2..Lepas ni kalau malas keluar, boleh order online lagi la..

Tuesday, August 4, 2009

Hari Pertama Ke sekolah..

Hari ni hari pertama mama kembali ke sekolah setelah MC lebih kurang 2 minggu.. Rasa lama betul mama tak pegi sekolah..Nak bawa kereta pun rasa kekok je..Tapi pegi sekolah pun tak lama dah..Lagi berapa minggu dah nak stat cuti sekolah pulak..Best jugak la hari ni kat sekolah..Anak2 murid mama siap jerit2 lagi tengok mama dah pegi sekolah..Hehe..Rindu la konon..Tapi bangga jugak..Maklumla.. Antara cikgu feberet kat sekolah..Hehe..Perasannya mama ni kan..Tapi sekali sekala perasan apa salahnya..Memandangkan dah lama mama tak pegi sekolah, cikgu2 lain pun macam terkejut..Ada yang ingat mama dah bersalin..So, tadi mama ni dah macam artis la pulak..Menjawab soalan dari wartawan..Hehe..Terima kasih kawan2..Ambik berat pasal mama..Terasa diri disayangi pulak..Hehe..

Monday, August 3, 2009

Check up kat TMC Penang

Hari nie jumpa Dr. Yeap lagi.. Mcm biasa, Dr. Yeap tersenyum bila mama melangkah masuk ke biliknya.. Dia memang baik.. Lepas dia check perut mama ngan buat ultra sound, dia cakap ok, tak ada masalah. Baby ok.. Ikut dia punya minggu.. Berat baby pun ok.. 2.7 kg. Yea.. Makin besar dah rupanya anak mama nie.. Kira ok la berat dengan mingu tu bagi mama.. Harap2 jangan la besar sangat.. Mama pun bukannya besar mana pun.. Lagipun Arwah Balqis dulu masa lahir baru 2.32 kg.. Dia lahir masa 38 minggu.. Kira tak besar mana la kan.. Baby mama ok.. Sihat.. Alhamdulillah.. Itu yang mama nak.. 10hb 8 nie mama kena pegi lagi..Seminggu sekali check up sebab Dr Yeap nak tengok perkembangan baby kesayangan mama ni..

Sunday, August 2, 2009

Salam

Dah tukar ke blog baru..hehehe
Blog Widget by LinkWithin