Wednesday, December 8, 2010

Perangainya Irdina

Mama : Irdina, pergi tido !..

Irdina berjalan tergodek2 pegi ke buainya.. Kemudian Irdina datang balik sambil bawa botol susu..

Irdina : Nenen.. (Sambil campakkan botol susu kat mama)

Mama : Amboi ! anak mama nie..

Irdina senyum..


Perangai sapa la Irdina ikut nie.. Irdina dah cerdik..
Rasa baru je mama mengandungkan Irdina, lahirkan dia.. Sekarang dah boleh campakkan botol susu... Irdina.. Irdina..

Kena Cari Pengasuh Irdina

Awal tahun depan, Irdina akan dijaga oleh pengasuh baru.. Sebabnya pengasuh sekarang dah ada kerja baru.. Mama dah cari pengasuh untuk Irdina. Orang Indonesia.. Kat bawah flat mama.. Mama risau jugak, sekarang kan Irdina dah besar. 1 tahun 4 bulan.. Ok ke Irdina nanti.. Risau jugak.. Untuk serasi dengan pengasuh baru bukan senang..

Friday, December 3, 2010

Macam2

Zaman sekarang nie mcm2 berlaku.. Tak sayangkan anak ke?.. Sanggup menyimbah asid kat anak sendiri. 9 tahun dan 2 tahun.. MasyaAllah.. Kucing pun sayangkan anaknya.. Manusia dianugerahi dengan akal fikiran yang boleh menilai baik buruk.. Mama kesal dengan nie semua.. Anak2 bagaikan kain putih yang perlu dicorakkan dengan sebaik2. Bukannya memusnahkan masa depan anak2..

Baca sini

Athma

Athma!.. Takut mama dengan perkataan Athma nie.. Bukan apa.. Sebab bebudak akan jadi kurang aktif bila terkena Athma nie.. Apa yang mama faham, Athma nie terjadi sebab saluran pernafasan di dalam paru2 menjadi sempit.. Athma mudah dikenali sebagai lelah @ penat. Athma penyakit keturunan?.. Pada pengamatan mama, ya.. Ramai yang mama kenal macam tu.. Kalau datuk Athma, akan diperturunkan kepada ayah.. Kalau tidak ayah mungkin cucu yang akan Athma..

Penghidap Athma akan alah kepada sejuk, panas, stress, senaman, bulu haiwan dan lain2 lagi.. Tanda2 athma pulak sukar bernafas dan batuk.. Nafas pulak akan berbunyi..

Thursday, December 2, 2010

Rota Virus

Dua minggu sudah, Irdina muntah, cirit dan demam yang teruk.. Demam Irdina 41'c. Tinggi.. Mama bawa Irdina pegi Lam Wah Ee Hospital. Jumpa pakar.. Dr cakap Irdina diserang Rota Virus.. Haa.. Apa tu? So mama pun godek2 tenet dan mama jumpa pasal rotavirus kat web DEMC Specialist Hospital.. So mama sedut skit..hehehe...

Rotavirus adalah sejenis virus yang amat mudah berjangkit dan boleh kekal selama beberapa jam di atas kulit manusia, malah mampu bertahan beberapa hari di atas permukaan objek keras dan kering. Ini bermakna virus ini mudah merebak melalui air atau makanan yang tercemar. Penyebaran virus juga boleh berlaku melalui orang dewasa yang dijangkiti atau yang menguruskan bayi yang telah dijangkiti.

Virus ini mampu hidup selama seminggu dalam najis individu yang dijangkiti. Ia dikenalpasti menjadi punca berlakunya masalah cirit- birit di kalangan bayi baru lahir khususnya di kalangan kanak-kanak yang berumur di antara 6 hingga 24 bulan. Rotavirus sangat mudah tersebar dengan cepat melalui kitaran najis ke mulut. Ia amat mudah berjangkit melalui sentuhan biasa di kalangan kanak-kanak. Virus ini boleh berada di mana-mana khususnya permukaan lantai, tombol pintu atau alat permainan kanak-kanak.

Kanak-kanak yang dijangkiti Rotavirus biasanya akan mengalami demam, muntah dan diikuti pula dengan cirit-birit yang teruk dengan najis yang berair . Kanak-kanak tersebut turut mengalami dehidrasi kesan daripada muntah serta cirit birit. Malahan yang membimbangkan lagi, mereka juga biasanya berdepan dengan masalah menghadam laktosa disebabkan masalah yang berterusan.

Nak tau lebih lanjut baca kat DEMC Specialist Hospital

ASAP

Tadi mama berfacebook.. Tetiba kawan mama nie tulis ASAP.. Apa ek? Nak tanya dia malu.. Nanti dikatakan xikut perkembangan semasa.. So mama pun apa lagi.. Godek la tenet. Rupa2nya ASAP nie :

A.S.A.P.

A - as

S - soon

A - as

P - possible

A.S.A.P. itu bermaksud secepat mungkin.

ASAP juga digunakan seperti perkataan ini:

"Please reply me"

"Help needed"

"We will keep in touch"

"I will be arrived"

dan banyak lagi.

Perkembangan


Proses Perkembangan Manusia :

Bayi
Kanak-kanak
Remaja
Dewasa
Tua

@

Persenyawaan
Menjadi Fetus dan seterusnya Embrio
Lahirlah seorang bayi
Kanak2 bertatih
Peringkat tengah kanak-kanak
Pra remaja
Mencapai umur baligh
Dewasa (Junior)
Dewasa
Separuh umur
Tua
Kematian

Mungkin mama dah masuk di dalam kategori dewasa.. hehehe..



Kongsi Pengalaman Dengan Mama?

Mama masih mentah lagi dalam mendidik anak. Baru seorang anak mama. Banyak lagi yang mama perlu belajar. Mama harap rakan2 blogger boleh kongsi rahsia, pengalaman, petua dalam mendidik anak. Semua ibu mengharapkan yang terbaik dalam perkembangan anak2. Jika rakan2 blogger ingin berkongsi, bolehlah tinggalkan di ruangan komen.. Terima kasih..

Hiperaktif

Mama rasa semua pernah terbaca tentang kanak-kanak hiperaktif kan.. Atau pun ada yang pernah alami sendiri perihal kanak-kanak hiperaktif nie. Mama penah terbaca tentang Hiperaktif nie. Dalam bahasa yang lebih senang untuk kita faham, kecelaruan tingkat laku yang menyebabkan kepayahan dari segi kurang tumpuan, hiperaktif dan sentiasa menurut kata hati.

Sebagai seorang guru, mama pernah alami sendiri kanak-kanak yang hiperaktif nie. Kanak-kanak nie sentiasa bergerak, goyangkan tangan dan kaki, banyak bercakap, terlampau bising ketika main, tak pernah duduk diam dekat tempatnya dan banyak lagi la..

Klu mengajar kanak2 yang hiperaktif nie, lenguh mulut mama nie minta dia diam, duduk kat tempat.. Tapi nak buat mcm mana kan.. Dan tugas mama sebagai pendidik..hehehe..Tapi kan, mama ada jugak terdengar kanak-kanak hiperaktif nie kena di hantar ke sekolah khas.. Betul ke tidak, mama kurang pasti..

Mama selalu berdoa, agar Irdina mama nie tak mcm tu..

Petua berdasarkan pengalaman mama.

Anak Selsema

Mama ada petua daripada pengalaman mama ketika Irdina selsema.. Petua nie mama nak kongsi dengan semua. Jika anak selsema, sapukan sedikit minyak kelapa yang telah dicampurkan dengan kunyit hidup pada hidung. InsyaAllah, hilang selsema tu.. Petua nie orang tua mama yang turunkan kepada mama. Tapi jika tidak sembuh, mama cadangkan dapatkan rawatan lanjut dari doktor..


Wednesday, December 1, 2010

Part Time Mama

Mama sukakan tudung.. Blogger2 pun sukakan tudung kan? So mama fikirkan mama mungkin boleh kongsikan dengan blogger2 semua.. So mama buat keputusan, mama hidangkan blogger sekalian dengan Irdina Collection.. So apa lagi.. Buat tempahan sekarang..

Antara tudung di Irdina Collection


Setahun 3 bulan

Mama kembali lagi.. Hehehe.. Kejap ada kejap hilang.. Biasa le.. Sibuk memanjang. Sekarang nie Irdina dah besar. Setahun 3 bulan.. Macam2 gelagat.. Sekarang nie Irdina pakai baju nampak pusat.. Nak tau kenapa?.. Dah tak muat.. Hehehe.. Dah belikan baju baru untuk dia.. Tapi mama selang selikan.. Sekarang Irdina dah boleh berkata-kata.. Mama, Abah, Nak, Nenen.. Macam2.. Rasa sekejap je masa berlalu.. Terasa baru je melahirkan Irdina.. Sekarang, dah berlari ke sana ke sini..

Rumah? Lintang pukang dibuatnya.. Menyapu rumah rasanya lebih 6 kali sehari.. Bila makan, nak makan sendiri.. 10 biji nasi dipegang, 2 biji je yang masuk ke mulut.. Yang lain ke lantai.. Heheh..

Blog Widget by LinkWithin