Wednesday, December 8, 2010

Perangainya Irdina

Mama : Irdina, pergi tido !..

Irdina berjalan tergodek2 pegi ke buainya.. Kemudian Irdina datang balik sambil bawa botol susu..

Irdina : Nenen.. (Sambil campakkan botol susu kat mama)

Mama : Amboi ! anak mama nie..

Irdina senyum..


Perangai sapa la Irdina ikut nie.. Irdina dah cerdik..
Rasa baru je mama mengandungkan Irdina, lahirkan dia.. Sekarang dah boleh campakkan botol susu... Irdina.. Irdina..

Kena Cari Pengasuh Irdina

Awal tahun depan, Irdina akan dijaga oleh pengasuh baru.. Sebabnya pengasuh sekarang dah ada kerja baru.. Mama dah cari pengasuh untuk Irdina. Orang Indonesia.. Kat bawah flat mama.. Mama risau jugak, sekarang kan Irdina dah besar. 1 tahun 4 bulan.. Ok ke Irdina nanti.. Risau jugak.. Untuk serasi dengan pengasuh baru bukan senang..

Friday, December 3, 2010

Macam2

Zaman sekarang nie mcm2 berlaku.. Tak sayangkan anak ke?.. Sanggup menyimbah asid kat anak sendiri. 9 tahun dan 2 tahun.. MasyaAllah.. Kucing pun sayangkan anaknya.. Manusia dianugerahi dengan akal fikiran yang boleh menilai baik buruk.. Mama kesal dengan nie semua.. Anak2 bagaikan kain putih yang perlu dicorakkan dengan sebaik2. Bukannya memusnahkan masa depan anak2..

Baca sini

Athma

Athma!.. Takut mama dengan perkataan Athma nie.. Bukan apa.. Sebab bebudak akan jadi kurang aktif bila terkena Athma nie.. Apa yang mama faham, Athma nie terjadi sebab saluran pernafasan di dalam paru2 menjadi sempit.. Athma mudah dikenali sebagai lelah @ penat. Athma penyakit keturunan?.. Pada pengamatan mama, ya.. Ramai yang mama kenal macam tu.. Kalau datuk Athma, akan diperturunkan kepada ayah.. Kalau tidak ayah mungkin cucu yang akan Athma..

Penghidap Athma akan alah kepada sejuk, panas, stress, senaman, bulu haiwan dan lain2 lagi.. Tanda2 athma pulak sukar bernafas dan batuk.. Nafas pulak akan berbunyi..

Thursday, December 2, 2010

Rota Virus

Dua minggu sudah, Irdina muntah, cirit dan demam yang teruk.. Demam Irdina 41'c. Tinggi.. Mama bawa Irdina pegi Lam Wah Ee Hospital. Jumpa pakar.. Dr cakap Irdina diserang Rota Virus.. Haa.. Apa tu? So mama pun godek2 tenet dan mama jumpa pasal rotavirus kat web DEMC Specialist Hospital.. So mama sedut skit..hehehe...

Rotavirus adalah sejenis virus yang amat mudah berjangkit dan boleh kekal selama beberapa jam di atas kulit manusia, malah mampu bertahan beberapa hari di atas permukaan objek keras dan kering. Ini bermakna virus ini mudah merebak melalui air atau makanan yang tercemar. Penyebaran virus juga boleh berlaku melalui orang dewasa yang dijangkiti atau yang menguruskan bayi yang telah dijangkiti.

Virus ini mampu hidup selama seminggu dalam najis individu yang dijangkiti. Ia dikenalpasti menjadi punca berlakunya masalah cirit- birit di kalangan bayi baru lahir khususnya di kalangan kanak-kanak yang berumur di antara 6 hingga 24 bulan. Rotavirus sangat mudah tersebar dengan cepat melalui kitaran najis ke mulut. Ia amat mudah berjangkit melalui sentuhan biasa di kalangan kanak-kanak. Virus ini boleh berada di mana-mana khususnya permukaan lantai, tombol pintu atau alat permainan kanak-kanak.

Kanak-kanak yang dijangkiti Rotavirus biasanya akan mengalami demam, muntah dan diikuti pula dengan cirit-birit yang teruk dengan najis yang berair . Kanak-kanak tersebut turut mengalami dehidrasi kesan daripada muntah serta cirit birit. Malahan yang membimbangkan lagi, mereka juga biasanya berdepan dengan masalah menghadam laktosa disebabkan masalah yang berterusan.

Nak tau lebih lanjut baca kat DEMC Specialist Hospital

ASAP

Tadi mama berfacebook.. Tetiba kawan mama nie tulis ASAP.. Apa ek? Nak tanya dia malu.. Nanti dikatakan xikut perkembangan semasa.. So mama pun apa lagi.. Godek la tenet. Rupa2nya ASAP nie :

A.S.A.P.

A - as

S - soon

A - as

P - possible

A.S.A.P. itu bermaksud secepat mungkin.

ASAP juga digunakan seperti perkataan ini:

"Please reply me"

"Help needed"

"We will keep in touch"

"I will be arrived"

dan banyak lagi.

Perkembangan


Proses Perkembangan Manusia :

Bayi
Kanak-kanak
Remaja
Dewasa
Tua

@

Persenyawaan
Menjadi Fetus dan seterusnya Embrio
Lahirlah seorang bayi
Kanak2 bertatih
Peringkat tengah kanak-kanak
Pra remaja
Mencapai umur baligh
Dewasa (Junior)
Dewasa
Separuh umur
Tua
Kematian

Mungkin mama dah masuk di dalam kategori dewasa.. hehehe..



Kongsi Pengalaman Dengan Mama?

Mama masih mentah lagi dalam mendidik anak. Baru seorang anak mama. Banyak lagi yang mama perlu belajar. Mama harap rakan2 blogger boleh kongsi rahsia, pengalaman, petua dalam mendidik anak. Semua ibu mengharapkan yang terbaik dalam perkembangan anak2. Jika rakan2 blogger ingin berkongsi, bolehlah tinggalkan di ruangan komen.. Terima kasih..

Hiperaktif

Mama rasa semua pernah terbaca tentang kanak-kanak hiperaktif kan.. Atau pun ada yang pernah alami sendiri perihal kanak-kanak hiperaktif nie. Mama penah terbaca tentang Hiperaktif nie. Dalam bahasa yang lebih senang untuk kita faham, kecelaruan tingkat laku yang menyebabkan kepayahan dari segi kurang tumpuan, hiperaktif dan sentiasa menurut kata hati.

Sebagai seorang guru, mama pernah alami sendiri kanak-kanak yang hiperaktif nie. Kanak-kanak nie sentiasa bergerak, goyangkan tangan dan kaki, banyak bercakap, terlampau bising ketika main, tak pernah duduk diam dekat tempatnya dan banyak lagi la..

Klu mengajar kanak2 yang hiperaktif nie, lenguh mulut mama nie minta dia diam, duduk kat tempat.. Tapi nak buat mcm mana kan.. Dan tugas mama sebagai pendidik..hehehe..Tapi kan, mama ada jugak terdengar kanak-kanak hiperaktif nie kena di hantar ke sekolah khas.. Betul ke tidak, mama kurang pasti..

Mama selalu berdoa, agar Irdina mama nie tak mcm tu..

Petua berdasarkan pengalaman mama.

Anak Selsema

Mama ada petua daripada pengalaman mama ketika Irdina selsema.. Petua nie mama nak kongsi dengan semua. Jika anak selsema, sapukan sedikit minyak kelapa yang telah dicampurkan dengan kunyit hidup pada hidung. InsyaAllah, hilang selsema tu.. Petua nie orang tua mama yang turunkan kepada mama. Tapi jika tidak sembuh, mama cadangkan dapatkan rawatan lanjut dari doktor..


Wednesday, December 1, 2010

Part Time Mama

Mama sukakan tudung.. Blogger2 pun sukakan tudung kan? So mama fikirkan mama mungkin boleh kongsikan dengan blogger2 semua.. So mama buat keputusan, mama hidangkan blogger sekalian dengan Irdina Collection.. So apa lagi.. Buat tempahan sekarang..

Antara tudung di Irdina Collection


Setahun 3 bulan

Mama kembali lagi.. Hehehe.. Kejap ada kejap hilang.. Biasa le.. Sibuk memanjang. Sekarang nie Irdina dah besar. Setahun 3 bulan.. Macam2 gelagat.. Sekarang nie Irdina pakai baju nampak pusat.. Nak tau kenapa?.. Dah tak muat.. Hehehe.. Dah belikan baju baru untuk dia.. Tapi mama selang selikan.. Sekarang Irdina dah boleh berkata-kata.. Mama, Abah, Nak, Nenen.. Macam2.. Rasa sekejap je masa berlalu.. Terasa baru je melahirkan Irdina.. Sekarang, dah berlari ke sana ke sini..

Rumah? Lintang pukang dibuatnya.. Menyapu rumah rasanya lebih 6 kali sehari.. Bila makan, nak makan sendiri.. 10 biji nasi dipegang, 2 biji je yang masuk ke mulut.. Yang lain ke lantai.. Heheh..

Wednesday, July 28, 2010

Kembali Lagi

Rasanya dah lama mama tak mencoretkan kisah anak mama kat sini.. Bukan apa, sibuk sangat-sangat. Irdina dah berumur 11 bulan. Lebih kurang 4 bulan jugalah mama tinggalkan blog mama nie. Tetiba je rasa rindu nak berblog kembali.

Irdina pun dah boleh berjalan, berlari anak, mengemas.. hehehe.. kira mengemas la tu kan. Mengemas cara dia. Tapi betulla. Memang rajin sungguh dia. Tak kira masa, asyik mengemas je kerjanya. Mungkin anak perempuan nalurinya suka mengemas kan. Kalau mama pegang penyapu, dia mesti akan ikut mama, nak pegang sama.
Bulan 6 hari tu, Irdina dikhatankan. Dengan bidan. Takut juga bila terbayangkan Irdina akan dikhatankan. Risau pun ada. Ye la kan. Ramai orang cakap, bidan akan guna duit syiling 5 sen. Kepit. Aduih.. Kalau ikutkan hati mama, mama nak khatankan Irdina kat klinik je. Tapi nak buat macam mana kan. Abah Irdina yang nak sangat khatan kat bidan nie.
Lagi satu, Irdina dah 9 bulan. Boleh ke dia duduk diam waktu khatan nanti. Ya Allah, perasaan mama waktu tu hanya Allah yang tahu. Waktu dalam bilik bidan tu, mama pegang Irdina. Pegang kuat-kuat. Mana tau kan. Terpotong tempat lain. hehehe.. Rupanya bidan tu pun guna gunting jugak. Sama je dengan klinik. Lepas khatan bidan tu pesan, sapu dengan minyak gamat. La..macam tu je. Tapi khatan budak perempuan nie sikit je potongnya. Hehehe...

Friday, February 19, 2010

zaman muda-muda @ genting

Gambar-gambar ni mama jumpa masa buka komputer lama mama..ari tu rosak..abah repair macam mana ntah, boleh buka la pulak..Tak sangka dulu mama kecik je..Tak la gumuk sangat macam sekarang ni..Gambar ni tahun 2005..Masa ni pegi Genting..Jalan2..Lama dah tak pegi..Kalau pegi sekarang ni pun rasa macam takut je nak main permainan2 kat situ.mama kan dah gemuk..Kalau la mama dapat balik badan macam dulu kan best.. Baju merah tu dulu ok je mama pakai..Sekarang ni dah ketat! huhu..sedihnya..










Monday, February 8, 2010

Tidur dengan Ulat..

Ni la gaya Irdina tido malam2..Mesti nak peluk ulat tu..kalau tak dak ulat tu, mula la nak mencari..Irdina tido tak guna bantal sebab Irdina jenis yang mudah berpeluh dan naik ruam kalau panas..Dulu masa guna bantal, bila bangun pagi je, habis merah muka dia naik ruam..Kesian kat dia tu yang tak letak bantal tu..Dia pun dah terbiasa macam tu.






Wednesday, February 3, 2010

Akuarium Penang..










Irdina @ Tesco Penang

Semalam pegi tesco sebab nak beli susu dengan pampers Irdina..Asalnya niat di hati nak beli dua barang tu je la..Bila dah sampai tesco ada saja la yang nak di beli..Last2 habis dekat RM 150 la jugak..Masa nak balik tu, tengok ada promosi dekat luar tesco..Kalau beli barang kat tesco RM50 ke atas boleh tangkap gambar free sekeping..kalau nak tambah gambar kena bayar RM10. untuk setiap keping.Mula-mula tangkap gambar ok lagi..bila dah cina tu letak topi stroberi kat kepala Irdina, dia dah start nangis dah. Pujuk pun dah tak mau dah. Ada lagi gambar..tapi Irdina nangis..Mama tak ambik la gambar tu..So, yang ni je la mama ambik..Kena bayar RM 20 la..Sekeping free..Masa nak pilih gambar yang nak print tu Irdina nangis lagi, mama bagi susu..dia isap susu kejap je pastu tidur..Laa..ngantuk rupanya anak mama ni..Cian betul..dah ngantuk patut la tak de mood nak tangkap gambar..Mama yang terlebih excited nak Irdina bergambar..




Sunday, January 31, 2010

Irdina naik moto

Hari nie hari pertama Irdina naik moto. Naik je moto,Irdina terus diam. Antara takut dan seronok. First time katakan. Hehehe. Pusing-pusing Gelugor. Pegi tengok orang bertai chi. Pastu tu tetiba je mama rasa lapar nak ais kacang. Ajak abah cari. Abah bawa la pusing-pusing cari ais kacang. Jumpa kat kedai payung. Dapat jugak mama makan.. hehehe.. Sayang Abah. Irdina lak tertido atas moto.Ngantuk sangat la tu. Kat umah asyik main je. Tak mau nak tido. Klu tido pun kejap je.

Thursday, January 28, 2010

Diet Oh Diet...

Tengok tajuk beria ja..Macam nak betul2 diet..Memang pun..Tengah berusaha nak diet ni..Tapi kat sekolah mama ada pengusaha kantin baru..Dia jual nasi ayam(setiap hari),bihun sup,mee udang, mee kari, mee goreng,bihun goreng(gilir2)..Semuanya sedap sangat..Macam mana mama nak diet ni..Pegi je kantin waktu rehat, terliur tengok makanan..Rasa macam nak makan semua ja..Sebenarnya kantin sekolah mama ada 7 gerai.3 gerai makanan untuk budak cina..4 lagi melayu..memang banyak pilihan..Tiap2 hari sampai tak tau nak makan apa..Semua sedap..Lagi 1 setiap hari rabu gerai 6 akan buat roti jala..Aduhai..Sedapnya..Dah la ayam ketul besar2..Hancur la diet mama..Dah la waktu rehat makan banyak..Waktu nak balik sekolah siap tapau lagi bawa balik..Konon untuk abah..Tapi mama pun makan jugak..Tak tau la bila betul2 nak berdiet ni..Malam je la kadang2 makan biskut..Tapi kalau lapar order jugak nasi goreng sotong kat kedai dekat rumah mama..Suruh abah pegi beli..Abah selalu lepak dengan cikgu sekolah dia kat kedai tu.Kat kedai tu pun makanan memang sedap..Susah betul duduk dekat2 kedai yang ada makanan sedap ni..Makin gemuk la mama ni..Bukan makin kurus..Diet oh diet....

Sunday, January 24, 2010

Keluarga Bahagia


Ni la kebahagiaan yang mama sering mimpikan..Sekarang semuanya dah menjadi kenyataan..Mama dah ada sebuah keluarga yang bahagia.. Semoga kebahagiaan ini akan berkekalan selama2nya..Amin..

Wajah buah hati kesayangan mama..Abah dan Irdina..Pelengkap hidup mama..Penawar di kala duka..Semoga Abah dan Irdina akan menyayangi mama sampai akhir hayat mama..

Saturday, January 23, 2010

Dah Mula Tarik Dada..


Satu lagi perkembangan Irdina yang terbaru, Irdina dah mula tarik dada..laju je dia tarik dada..Kalau letak dia kat bawah, mesti dia nak tarik dada..Lagi2 kalau nampak remote control..minat sangat dia dengan remote TV.Mama denga abah pun, mula la..umpan Irdina dengan remote..Irdina pun apa lagi, laju je dia nak ambik remote.. kat rumah mama sekarang dah ada orang yang tolong lap lantai..hihi..Rasanya tak lama lagi merangkak la Irdina ni..Habis la barang2 mama..Dah tak boleh nak buat hiasan dah le..Semua kena letak tempat tinggi...

Irdina dengan ulat bulu teman tido tiap2 malam..

Melayan Karenah Irdina

Semenjak dah ada walker ni, nak naik walker je dia..Pagi2 sebelum pegi keja , kena la layan Irdina naik walker dia dulu..Apa nak buat, anak punya pasal, layan je la..Ni sebelum mama pegi keja la ni.. Tu yang gambar blur skit..tapi Irdina ni, ambik la gambar masa mana pun, mesti nak posing.. tu nak menunjuk kata dia ada walker la tu..


Irdina & Walker


Dalam seminggu lepas mama belikan walker ni kat Irdina..Saja ja beli sebab rasa macam teringin nak tengok Irdina naik walker..Ingatkan nak simpan dulu sebab Irdina baru 5 bulan..Tapi masa nak beli tu, try letak Irdina dalam walker..dia punya la seronok..Balik je, mama letak la Irdina dalam walker..Tapi mama letak bantal kat belakang tu untuk sokong badan Irdina..Sekarang ni Irdina dah pandai guna walker tu..tapi walker jalan kot belakang..macam ketam la Irdina..Dia dah mula ronda2 dalam rumah..dah pandai nak tarik alas meja mama..dah pandai sampai ke dapur..Macam2 la Irdina ni..Tapi apa yang mama perhatikan Irdina ni cepat belajar satu2 perkara..Alhamdulillah..perkembangan yang memberangsangkan..

Bawa Irdina Jalan-jalan

Masa cuti sekolah baru ni mama dengan abah bawa Irdina jalan2..Selalu asyik kat Penang je..Saja nak bawa Irdina jalan jauh skit..Tapi Irdina memang anak yang baik..Tak meragam langsung sepanjang perjalanan..Bertolak kul 4.30 pagi..Yang lucunya..mama kunci jam kul 3.30 pagi..Irdina jaga awal lagi dari mama.Dia bangun pukul 3.15pagi..bangun siap senyum2 lagi..Boleh main lagi..Dia tido balik masa kat Juru dah..Seronok nak jalan jauh kot..hihi..Mama pegi rumah kawan baik mama kat cheras, pastu jalan lat Putrajaya, Nilai..Pastu mama pegi rumah abang ipar mama kat Jugra, Banting..Kak Ayu dgn mak abah mama pun pegi sana..Masa tu k.Ayu baru habis pantang..tapi cuti tak habis lagi..Dah kat Banting, ajak family mama pegi Melaka..Tapi singgah PD dulu..Penat, tapi menyeronokkan..

Ni masa malam yang mula sampai kat KL.Mama tumpang tido kat rumah kawan baik mama..Malam ni Lina & suami dia Kamal bawa mama pusing2 KL. Lama tak sampai KL, macam2 perubahan..Cepat sungguh pembangunan kat KL ni..Apa pun mama nak ucap terima kasih banyak2 kat Lina..Semoga persahabatan kita kekal selama2nya.

Pemandangan Putrajaya dari dalam Masjid Besi. Nama masjid ni Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin kot kalau tak salah..Ada jugak yang panggil masjid besi..tak tau la kenapa..Tapi yang best sangat pasal masjid ni, kat ruang solat tu, langsung tak ada air cond.Ruang yang terbuka..angin luar yang masuk..Sejuk..Mama sempat jugak berehat kat tepi kolam kat dalam masjid ni..Irdina siap tido lagi..

Irdina senyum je..tengok apa tu sayang..Tengok muka mama yang pucat tu..Masa ni dah penat jalan2..Irdina maintain je..Mana tak nya, atas keta tido je keja dia..keta berenti, dia pun jaga..Irdina..Irdina..

Bergambar sebelum naik perahu.. Excited je rasa nak naik perahu ni..Sebenarnya dah lama mama teringin nak naik...Tengok kat TV je selalu..Dah alang2 pegi Melaka, mama ajak la naik perahu..Lagipun Abg Wan yang belanja..hihihi..Semua sekali tambang perahu RM 60. Sekali sekala apa salahnya..Tapi kalau nak belanja selalu lagi la bagus..hihi

Ni bergambar ramai2..Abah mama, mak mama, k.ayu,Farisya, Abg Wan (Abg ipar mama), Ain, mama & Irdina..Abah jadi cameraman, So, tak de lah gambar abah...Sayang je..Kalau ada baru lengkap satu family.

Irdina tengok apa tu..Ke, tengah merenung masa depan yang jauh...Semoga Irdina akan menjadi anak yang akan sentiasa membahagiakan hidup mama..

Bagi mama ok jugak la naik perahu ni..perjalanan naik perahu lebih kurang 45 minit pergi & balik..Irdina tengok sapa ntah..Naper nampak selekeh je anak mama ni..

Masa nak tangkap gambar ni, mama mcm takut je kat kuda dibelakang tu..Rasa macam kuda tu nak datang dekat mama je..Mama ready nak lari je ni..Tapi sebenarnya kuda tu ok je..

Abah awat muka masam je..Ke, tengah tahan panas..hihi

Masa ni kat PD punya la ramai orang. Tapi mama & family bernasib baik. Dapat tempat duduk..Saja duduk kat sini..Tak la panas sangat sebab bawa budak2 kecik ni..

Wednesday, January 20, 2010

Anak Sedara baru..

Ni la Nur Dania Farisya anak sedara baru mama..Farisya ni anak kedua k.ayu.Farisya lahir 11/11/2009.Beza 3 bulan dengan Irdina..Tapi nnt masuk sekolah sama tahun la dengan Irdina..Teman sepermainan masak2 Irdina ni nanti..
Nur Ain Khaleesa, Nur Dania Farisya & buah hati mama Nur Qaisara Irdina..Tiga2 ni bakal menggamatkan suasana rumah tok & tokwan..

Kenduri Kawan Baik Abah..

Masa cuti sekolah hari tu kawan baik abah kawin..Dia suruh abah jadi pengapit..Maklumla , dulu masa mama dengan abah kawin dulu, dia yang jadi pengapit abah..Abah ajak mama ikut skali..Mama pun apa lagi..ikut la..Jadi 3 la pengapit kawan abah..hihi.. Mama dengan abah sibuk nak bergambar kat atas pelamin..walaupun bukan pengantin baru..

Mama, abah, Irdina dan pengantin..Pengantin nampak tersipu2 ja..tengok apa ntah..

Ni la kawan baik abah..lama dah abah berkawan dengan Musa ni. Dari sekolah menengah lagi. Sekarang Musa ni keja Pembantu Perubatan.

Musa dan isteri..yang uniknya, Musa tu nama panggilan kat kampung.Nama sebenar dia Mohd. Fazli. Isteri dia nama Fazliza..Jodoh oh Jodoh..hihi..Macam mama dengan abah jugak la..tak sangka tarikh lahir sama..26/6/1982..hihi

Tuesday, January 19, 2010

Nak mula balik...

Lama betul mama tak update blog ni..sibuk yang teramat..banyak keja awal2 tahun ni..masa cuti sekolah tak boleh nak update sebab balik kampung.kat kampung tak der internet..kat rumah mama guna streamyx..So, sunyi la blog mama ni..Sekarang ni tak la sibuk sangat..lagi pun sekarang ni Irdina tengah tidur..Boleh la mama mengadap pc ni lama skit..Banyak benda yang nak update ni...Mama akan update satu persatu walaupun dah basi...huhuhu..

Gembiranya Irdina @ Nganga






Blog Widget by LinkWithin