Wednesday, August 5, 2009

Dinner Malam ni..

Malam ni hujan..Nak keluar pun malas..Lagipun mama dah tak larat nak jalan..Kalau jalan banyak skit memang sakit.. So, abah bagi cadangan untuk order PizzaHut online..Mama ikut je..Lagipun dah lapar..Apa2 pun ok..So, yang ni je yang abah order..Sesuai la untuk kami 2 orang..Nak order banyak2 pun takut tak habis..Nanti membazir pulak..Lagipun baru first time try order guna online ni..Hehe..Ni la gambar yang sempat mama snap..Tapi kualiti kurang memuaskan.. Snap dengan handset je..Lagipun snap cepat2..Big Bos dah lapar..Hehe..

Yang kami order ni namanya Variety Box - Baked Perfetto & Pizza

Ni la Baked Chicken Rice..Boleh tahan jugak rasanya..Nasi dengan sosej ayam dibakar dengan keju.Bila makan lebih kurang macam pizza jugak la..Nampak keju macam kat dalam tv yang bila nak ambik pizza keju nampak tertarik tu.. Cantik, Menarik, Tertarik, Kau memang da Bomb..Hihi..


Tara..Ni la rupanya Variety box yang dah dibuka..Sebenornya baked chicken rice tu bukan dalam kotak tu pun..Saja ja letak skali..



Ni abah add on..Soup Of The Day..Hari ni Mushroom Soup.. Mama tak berapa gemor sangat mushroom soup ni.. Lebih suka Chicken Soup lagi..Bau pun dah cukup menyelerakan...

Ni Personal Pan Hawaiian Tuna Pizza..Nyam2..Memang feberet mama.. Sedap betul..Sukanya mama.. Personal Pan pun dah cukup puas..mengenyangkan..Tido lena la malam ni..

Yang ni Cris Cut..Kentang goreng yang cantik..Sedap jugak..Patutnya dengan gengnya baru best..Selalu kalau pegi restoran PizzaHut ni mesti order Hut's Platter..Malam ni tak order pun.. Rasa macam dah banyak..Takut tak habis.

Dalam set ni ada jugak Sweet & Spicy Wing..Sedap jugak..actually, Boleh pilih nak Sweet & Spicy ke nak Deli Wing..Abah nak yang ni..Mama ikut je.. Tapi ok la sebab sedap.

Yang ni biasa la..Parmessan Breadstik..Makan skit je..Selalu pun macam tu..Bukan nak makan sangat roti ni..hihi.. Yang puas hatinya cepat jugak penghantaran..Lebih kurang setengah jam dah terpacak depan rumah penghantar pizza tu..Mama baru je duk sembang2 dengan abah.. Pastu dengar orang tekan loceng rumah..macam terkejut jugak la..Cepat betul.. Kos Penghantaran baru RM2..Lepas ni kalau malas keluar, boleh order online lagi la..

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin